Syarat-Syarat

Syarat-syarat pengambilan anak-anak ke Rumah ini adalah seperti berikut:

a. Warganegara Malaysia yang beragama Islam
b. Anak-anak yatim perempuan sahaja. Sijil kematian ibu/bapa mestilah dikemukan.
c. Berumur di antara 7 tahun hingga 17 tahun (masih bersekolah).
d. Berminat dan maju dalam pelajaran.
e. Tiada rekod salah laku dan sanggup mematuhi segala peraturan Rumah Anak-Anak Yatim Shifa' dan Saudara Baru.
f. Surat penyerahan bertulis anak-anak yatim dari penjaga yang sah.
g. Dhaif
h. Kes dera (rujukan dari hospital/polis)

Pengenalan

Matlamat Rumah ini adalah untuk membela nasib anak-anak yatim yang miskin agar tidak terbiar dan dapat menikmati kehidupan yang lebih sempurna. Mudah-mudahan dapat menghindarkan mereka dari hidup melarat dan tidak terjebak dengan gejala sosial yang boleh menimbulkan masalah kepada negara.

Rumah ini akan memastikan anak-anak yatim ini akan mendapat pendidikan yang sempurna agar mereka menjadi warganegara yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Pihak pengurusan rumah ini berazam untuk tidak mengecewakan para penderma yang menyokong serta memberi sumber kewangan kepada Rumah ini dengan memastikan anak-anak di sini berusaha untuk memajukana diri dalam segala bidang.

Kami mengharap benar agar hasrat kami yang murni ini mendapat sokongan yang ikhlas dari orang ramai. Harapan kami semoga Allah SWT sentiasa membukakan pintu hati insan-insan yang lebih bernasib baik agar sudi apalah kiranya menghulurkan bantuan kepada Rumah ini secara berterusan demi membela nasib insan-insan yang kurang bernasib baik. Mudah-mudahan, sumbangan mereka ini mendapat keberkatan dan ganjaran dari Allah SWT. Insya Allah.